Hari ini sudah masuk dua minggu Rita terlantar di hospital. Dia masih dalam keadaan tidak sedarkan diri lagi. Aku berharap sangat Rita dapat sedar. Aku sentiasa di sisi Rita untuk menjaganya. Aku harap bila Rita sedar akulah orang pertama yang dia lihat. Tiba-tiba pintu bilik yang menempatkan Rita di ketuk. Lalu seorang gadis berselendang masuk. Gadis tersebut amat aku kenali. Dia ialah adik kepada Rita. Baru sahaja tamat menjawab peperiksaan SPM. “Assalamualaikum...” Rina memberi salam. “Waalaikumsalam Rina,” jawab aku. “Macam mana akak? Dia ada bangun tak?,” tanya Rina. Aku hanya mengelengkan kepala. “Abang Farith dah makan ni Rina ada bawa makan sikit” “tak pe letak tepi tu dulu, nanti abang makan”. Selepas memberi jawapan aku terus keluar dari wad tersebut. Aku tahu Rina datang untuk melawat kakaknya dan untuk membersihkan tubuh kakaknya memandangkan kakaknya yang masih dalam keadaan koma. Bila aku fikirkan balik aku inilah punca dia jadi macam ni. Aku mula teringat sewaktu aku selalu diikut oleh Rita sewaktu dia masih sedar.
Sewaktu Rita belum koma dia ini selalu mengikut aku. Rita ni dia minat sangat dekat aku. Aku ni pula masa itu tak suka dengan Rita ni. Sebabnya Rita ni sebenarnya seorang gadis yang skema. Rita ni selalunya pergi kolej dengan pakai baju bunga dia, mekap dia punyalah pekat. Gincu dekat bibir punyalah merah. Pemerah pipi pun punyalah tebal dia pakai. Siapalah nak dekat perempuan macam itu. Lepas tu dahlah lurus. Ikut saja apa yang orang suruh. Kalau aku yang suruh lagilah dia buat. Aku tak tahulah kenapa perempuan yang macam dia yang suka dekat aku. Tapi ada juga yang cantik yang jelita suka dekat aku. Saja aku jual mahal pada mereka semua tu. Tapi still juga nak ada pasangan an. Pasangan aku ialah Mimi. Dia ni sebenarnya anak kawan ibu aku. Kami boleh dikatakan hot couple gak lah. Aku selalu buli Rita ni. Ada suatu hari tu si Rita ni tak habis-habis ekori aku. Sampai nak masuk tandas pun dia nak ikut. Tapi tak delah dia masuk. Rina menyapa aku yang dalam lamunan “abang? Abang?”. Aku yang baru tersedar dengan sapaan Rina lantas menjawab “Ya ... Rina?” “Abang menung apa tu?” “tak de papelah” “em.. Abang minta tlng jap ek.Rina nak lap badan akak” “Ok. Abang faham. Tak pe Rina abang pun nak balik ada keje sikit” “Ok lah bang. Thanks tolong tengkkan akak ye” “Orait” Jawab ku.
Aku terus keluar dari hospital. Aku pun menuju ke destinasiku yang telah ditetapkan.
20 minit perjalanan akhirnya aku sampai didestinasi yang dituju. Pusat Sukan Fut Bad. Tempat nilah aku selalu lepak dengan kawan-kawan dan main futsal atau badminton. Di sini juga ramai gadis yang datang untuk melihat aksi pemuda-pemuda di dalam court.Alah mencuci matalah katakan. Aku tidak suka dengan gadis-gadis yang mengedik disini. Setelah hampir 20 minit bermain futsal bersama kawan-kawan. Kami berhenti berehat sebentar. Tiba-tiba aku terpandang di satu sudut. Di sudut itu Rita selalu menjerit anggil namaku. Kononnya memberikan semangat pada aku. Tapi bagi aku perbuatannya itu hanya memalukan aku sahaja. Mungkin pada masa itu dia kelihatan sangat skema dan ditambah lagi dengan make upnya yang tebal seperti opera cina. Pada masa itu aku ingat lagi, aku telah membuat pekara yang tak pernah aku buat pada perempuan. Aku telah menyimbahnya dengan air mineral. Pada masa itu aku diperli-perli oleh kawan, akibat tidak tahan dengan perli tersebut Rita pula menjadi mangsaku. Disaaat Rita disimbah air oleh aku. Rita terus terdiam dan terpaku. Dia ada cakap yang dia lakukan semua itu adalah untuk menambahkan semangat aku. Namun pada masa itu aku menengkingnya dan rakan-rakan aku juga kaget dengan perbuatan aku. Rita terus berlari keluar dan meninggalkan Pusat Sukan tersebut dalam keadaan menangis. Selepas tamat Permainan aku pun pulang kerumah.
Selesai membersihklan badan aku menunaikan solat fardhu. Selepas itu aku pun turun mrnuju ke dapur. Aku buka tudung saji dan terdapat sepinggan ayam masak merah dan semangkuksup sayur.
Bila terpandangkan masakan ayam tersebut. Ingatan aku kembali teringat pada Rita. Di kantin U aku pernah mengenakan Rita. Pada masa itu Rita menatang dulang yang berisi nasi dan berlaukkan Ayam serta Air sirap. Aku dengan sengaja meletakkan kaki aku ditengah jalan dan disaat itu Rita pula ingin berjalan. Rita yang tidak perasan dengan kaki aku , terjatuh. Habis semua nasi dan ayam betaburan di lantai. Air sirapnya pula tertumpah di baju seorang perempuan. Perempuan tersebut ialah Mimi. Dia ialah teman wanita aku lah. Mimi yang berang dengan Rita terus menampar Rita. Rita agak kaget pada masa itu. Walau bagaimanapun Rita tetap meminta maaf pada mimi Walhal akulah punca dia jatuh. Kesian aku melihatnya yang ditampar lalu dimarahi pula didepan orang ramai. Aku dapat membayangkan betapa malunya dia disaat itu. Mimi pula tidak habis-habis memarahi Rita.
Selesai aku makan aku membersihkan pula perkakas yang telah aku gunakan. Selepas selesai mengemas, aku ke bilik untuk menyelesaikan kertas kerja yang diberi pensyarah. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Mata ni terasa amat lah berat. Dipinta untuk rehat. Aku pun menghempaskan badanku di atas katil. Ingatanku masih teringatkan tentang Rita. Sewaktu semesta pertama aku pernah buli Rita untuk buat kertas kerja yang disuruh Pensyarah. Aku janji aku akan keluar date dengan dia kalau dia tolong buat kertas tu. Dia yang lurus bendul tu terus buat kertas kerja tu. Apabila siap kertas kerja tu, dia pun serahkan kat aku. Kertas kerja dia memang excelent. Time tu aku memang kena puji melambungla dengan pensyarah. Lepas habis kelas, Rita dah tunggu aku kat depan dewan untuk menuntut janjiku. Aku tunaikan janji aku tu tapi dengan syarat date naik motor aku. Nak tak nak dia setuju juga. Rita mengenakan syarat pada aku supaya jangan menunggang motor dengan laju. Aku hanya mengiyakan sahaja. Pada mula aku menunggang dengan perlahan sahaja. Masuk sahaja Lebuhraya aku terus memecut motor dan sesekali aku cuba membuat aksi seperti mat rempit. Rita menjerit-jerit ditempat penumpang. Semakin kuat dia menjerit semakin ligat aku membuat aksi. Aku akhirnya berhenti di tepi lebuhraya kerana tidak tahan dengan pekikkan Rita. Aku berpura-pura tanya “asal suruh stop ni kata nak gi date” “Awak kan saya cakap bawa motor slow je. Saya nak hidup lagilah” “slow la tu” “Slow apanya tu. Macam pelesit himpit sini himpit sana pacak sini pacak sana” “Eh! Ko, aku nak keluar ngan ko dah cukup baik dah ni. Sekarang ko buka helmet tu” “Nak buat pe?” aku suruh buka, buka je la” Aku menengking Rita. Rita pun hanya mengikut apa yang aku pinta. Setelah itu aku terus pergi meninggalkan Rita di tepi lebuhraya. Bila kenang kembali aku ni memang budak yang jahat.
Jam tempat pukul 10 pagi. Aku bersiap-siap untuk ke hospital melawat Rita. Aku tiba di hospital tepat jam 11 pagi. Agak lambat aku tiba kerana aku singgah di kedai motor untuk modify motor.
Motor LC ni pun sebenarnya hampir 50%nya duit dari Rita. Rita nikan lurus. Jadi apa yang aku minta dia kasi je. Satu barang lagi yang dia beli untuk aku ialah Kamera DSLR. Banyak sebenarnya kebaikan yang dicurahkan pada aku. Setelah aku pakir motorsikal aku menuju ke wad yang menempatkan Rita. Baru sahaja aku ingin membuka pintu , aku terdengar suara seorang lelaki. Aku pun curi-curi tengok. Tiba-tiba bahu aku di tepuk.
“Oit bang Farith” “eh Rina” “mengendap apa tu” “tak de lah. Dalam tu ada sapa?” “Hem... papa” “ dalam 2minggu ni abang tak pernah nampak pun dia datang lawat kakak” . Rina seolah-olah berat untuk menerangkannya. “Papa memang baru hari ni melawat kakak” “apa?! Bapak apa tu” “em.. selalunya papa hanya akan masukkan belanja kami melalui akaun je, Sebab papa tinggal di London uruskan syarikat dia di sana” “Owh kurang selama ni duduk dengan mama jelah ek” “Mama? Kakak tak ada cite pasal kehidupan kami ke?” “tak pernah pun. Tapi..” kata-kata aku terputus kerana lelaki yang tadinya ada di dalam wad keluar. “Papa” sapa Rina. “Ye sayang. Sayang papa terpaksa balik malam ni juga sebab papa ada urusan yang perlu diselesaikan” “but papa, Kak Rita still....” “sorry darling. Papa pergi dulu” “ Papa kejap, nilah kawan Kak Rita yang paling baik dan rapat ngan dia.Abang Farith”. Aku agak tercengang. Namun aku terus berjabat tangan dengan lelaki tersebut. Sebelum Lelaki tersebut pergi meninggalkan kami. Dia ada memberi aku sedikit wang sebagai tanda terima kasih. Aku cuba menolak namun dipaksa. Aku pun menerima sahaja. Setelah itu kami pun masuk ke wad yang menempatkan Rita. Aku tatapi wajah Rita. Aku dapati mukanya lembih cantik tanpa solekan. Selepas selesai Rina menyelesaikantugasannya. Aku mengajaknya untuk ke kafe.
“Rina nak makan ke minum ke order je.Abang belanja” “Oren juice je la. Kenyang lagi la” Setelah order sampai aku mula membuka bicara. “Papa Korang memang macamtu ke” “Em..dalam tahun ni baru kali pertama ayah datang jenguk kami. Biasanya kami yang akan pergi London kalau nak jumpa or lawat ayah” “kesiannya korang, Korang tak rindu ke?” “Mestilah rindu, tapi nak wat macam mana. Lagi pun kami dah biasa duduk 2 beradik” “abang tak pernah nampak mama korang pun” “Mesti kakak tak cerita an. Kami duduk 2 beradik je. Mama kami.... dah bercerai ngan papa waktu kakak baru tamat spm. Selepas seminggu bercerai mama kemalangan dan koma selapas 5 hari terlantar dihospital, akhirnya dia menghembuskan nafas terakhirnya”. Tiba-tiba Rina sudah pun mengalirkan air matanya. Aku kaget. Aku hanya dapat memberikannya sekeping tisu untuk mengesat air matanya. Perlahan-lahan sedihnya hilang. “maafkan abang ye” “tak mengapa. Tapi Rina Takut kakak...” Segera aku pintas kata-katanya. “Rina jangan cakap macam tu. Kata-kata tu satu doa tahu. Rina nak ke kakak ...” “Tak Nak!!” Rina menjawab dengan nada agak tinggi namun hanya boleh didengari oleh aku sahaja. “Abang, nak tahu tak. Kakak selalu cerita tentang perkara yang baik tentang abang kat Rina. Dia selalu cakap abang lah guys yang paling dia suka sebab abang ni orang yang penyayang, baik hati and tunai janji” Aku tertunduk pada waktu itu. “kenapa abang diam ni” Aku hanya mengeliling kepala. “Rina tau! Sebab semua yang akak citer tu tipukan!” aku hanya mengangguk. “kenapa abang? Kenapa abang buat kakak macam tu?” aku terus memegang tangan Rina. “Abang minta maaf Rina. Abang pun tak tahu kenapa abang tergamak buat semua tu. Maafkan abang Rina” “bukan pada Rina abang patut minta maaf. Pada kakak abang. Tapi Rina percaya abang la yang menceriakan kehidupan kakak. Walau pun abang selalu buli kakak”. “Kenapa abang punca kecerian bukan abang punca kesengsaraan dia ke” “Rina pun tak faham. Tapi kakak tak pernah tunjuk kesengsaraan dia. Semua nya ceria sahaja. Terima Kasih abang”.
Setelah pulang ke rumah aku berehat sebentar di sofa. Aku teringat perkara-perkara yang telah aku lakukan pada Rita. Betapa sengsaranya bagi aku. Tapi Rina katakan semua nya ceria sahaja seperti hidupnya tiada duka, Aku minta maaf Rita... aku minta maaf Rita. Ikutkan memang banyak perkara yang aku selalu sakitkan hati dia. Kereta dia pun pernah aku dajal. Sampai dia hampir menjadi mangsa rogol. Peristiwa itu berlaku pada semester akhir. Sewaktu itu Rita ada latihan diwaktu malam. Aku pun meperdajal keretanya. Rita yang selesai latihannya terus pulang . sampai disatu tempat keretanya terhenti. Pada waktu itu jam 11 malam. Rita yang lurus tu pun keluar dari keretanya untuk melihat keadaan keretanya. Tiba-tiba dia di datangi oleh 2 orang mat rempit. Pada masa itu lah dia hampir menjadi mangsa mat rempit tersebut. Namun pada masa itu aku tertinggal sesuatu di U. Aku berpatah balik dan terserempak dengan Rita. Aku segera membantu Rita. Pada malam itu aku menjadi hero pada Rita. Aku melawan mat rempit tersebut. Kebetulan polis melalui kawasan itu. Mat rempit tersebut ditahan dan di bawa ke balai polis.
Satu lagi perkara yang pernah aku lakukan ialah sewaktu kami pergi ke ekspedisi ke gua tempurung. Aku berpakat meninggalkan Rita seorang diri. Pada waktu itu kami tinggalkan Rita selama 3 jam di dalam gua bersendirian. Sebenarnya guard disitu melihat gerak gerinya dari jauh. Selepas 3 jam. Guard yang telah kami upah tu pun membawanya keluar. Selepas kejadian itu Rita terus demam. Kesian dia. Betapa kejam nya aku ini. Namun kenapa dia kata aku ni baik hati.
Pada keesokkan harinya aku sekali lagi melawat Rita. Seperti biasa Rina turut berada disitu. “macam Rita?” Em sama shaja” Hari itu satu hari aku berada di hospital menemani Rita.aku tidak tahu kenap sejak dia masuk hospital ni. Aku jadi seorang sangat menjaga dia. Apakah aku sudah jatuh hati padanya. Ah tidak mungkinlah. Tapi kata hati aku seperti aku sudah ada rasa sayang padanya. Tidak. Dia hanya sahabat yang memberikan gembira pada ku. Tidak untyu cinta. Tapi, bila ku pandang wajahnya seperti aku mula sayang padanya. Wajahnya itu memberikan keinsafan pada aku. Entah bila aku terlena. Sampai aku tertidur di sisi Rita. Aku terjaga kerana aku tersa ada sesuatu yang bergerak-gerak. Lalu aku pun bangun dan aku dapati jari-jemari Rita seperti begerak. Aku segra mengerakkan Rina yang tidur diatas kerusi. Dan aku terus menekan loceng. Aku menyebut-nyebut nama Rita. Rita semakin luas membuka kelopak matanya. Doktor pun tiba untuk memeriksa keadaan Rita. Aku dan Rina di pinta keluar. Disaat itu aku terasa amat gembira seperti nya aku mahu menangis. Rina pula sudah pun megeluarkan air matanya. Selepas beberapa minit doktor pun keluar. Dan memberitahu keadaan Rita. Rita sudah pun sedar tapi memerlukan rehat yang cukup.
Pada esoknya aku bersemangat untuk melawat Rita. Setelah sampai dihospital aku dapati Rita sedang tidur. Aku duduk disebelahnya. Lalu ku usap rambutnya. Dan ku pegang jari jemarinya. Tiba-tiba telefon bimbit ku begetar aku keluar menjawab panggilan tersebut. Panggilan tersebut dari Ibu tersayangku. “ hello assalamualaikum Bu” “waalaikumsalam” “Ibu sihat? Ayah?” “Alhamdulilah semua sihat” “Ada apa ibu telefon ni” “tadi mama Mimi datang rumah, Mimi pun ada” “so” “Mimi kata seminggu dua ni Farith tak ada call dia pun. Dia sms pun Farith tak balas. Dia kata Farith tak habis-habis dengan kawan Farith kat hospital” “alah Ibu ni... Farith lawat kawan Farith la, Yang si Mimi tu nak cemburu kenapa? Hari tu kata nak putus. Gedik ar” “alah time tu dia tengah marah tu”
“nanti-nanti lah orang sms ke apa ke” “Buat jangan cakap je”. Selepas itu Rina pun muncul. Aku dan Rina pun masuk bersama. Rita dah pun terjaga dari tidurnya. “Akak, Akak dah bangun?” “Rina.” “akak jangan lah bangun akak tak kuat lagi tu. Sini Rina tolong” “akak ingat tak ni siapa” sambil menunjuk kearah ku. “Siapa dia” “Ha? Akak tak kenal ke ni sapa?” Rita hanya mengelengkan kepala. Ah.. hati aku seperti bekecai pabila Rita tak ingat siapa aku. Tiba- tiba doktor muncul untuk membuat pemeriksaan. Selepas memeriksa, aku bertanya pada dokor. Kenapa dia tidak mengingati aku. Doktor katakan ingatannya ada yang tidak dapat diingati kerana kepalanya mengalami hentakkansewaktu kemalangan tersebut berlaku. “Rita... Rita ni Farith.. Rita Ingat tak?” Rita hanya mengeleng. “Farith lah... yang selalu buli Rita dulu”. Responnya tetap sama. Aku terus terduduk pada masa itu. “Rita tau tak. Dah 2 minggu lebih Rita tak sedarkan diri dan hari ni bila Rita sedar. Rita tak Ingat pula pada Farith.. Farith ingat Farith nak minta maaf atas semua perbuat jahat Farith yang pernah Farith buat kat Rita... Tapi Rita...”. “adik sapa laki ni? Akak tak kenal lah”. “betul ke akak tak inggat sapa dia ni” “Betul” “abang Farith Rina rasa kan lebih baik abang balik je” “Tapi abanag nak Rita...” “Balik je lah abng. Abang doa lah supaya ingatan akak dapat sembuh.”.
Pada 1per 3 malam aku menunaikan solat hajat dan berdoa supaya ingatan Rita pulih. Aaku tak tahu kenapa aku begitu terluka pabila Rita mengatakan yang dia tidak mengenali aku. Kenapa hati aku rasa begitu sedih. Bukan kah patunya aku merasa gembira. Rita ingatilah aku Rita. Pada keesokan harinya aku ingin melawat Rita tetapi aku terkena demam selsema. 2hari kau terperam dirumah keran tidak larat untu ke hospital.selapas 2 hari tidak ke hospital hari yang ketiga aku bertekad untuk ke hospital. Sampai dihospital aku dapati bilik itu sudah kosong. Aku ke kaunter bertanyakan tentang Rita. Mereka mengatakan Rita sudah 2 jam meninggalkan hospital. Aku segera mencari-cari nama Rita di teleron bimbitku. Segera aku menekan butang memanggil. Namun panggilan ku tak dijawab. Sekali lagi aku memanggil alhadulilah berjawab. “hello Rita” “Ni Rina” “Rita dah keluar wad ek” “ha ah tadi. Abang kami sbenarnya nak duduk dengan papa” “apa? Asal tak cakap awal-awal” “Rina dah try call abang banyak kali tapi berjawab” “oh. Telefon abang tutup. Habis bateri. Abang demam tak larat nak bangun nak charge Telefon” “ Kami akan bertolak dalam satu jam lagi” “berapa lama Korang pergi sana” “dalam 2,3 atau 5 tahun atau terus tinggal kat sana kot” “ha apa?! Abang nak jumpa Rita” “abang nak jumpa akak. Rase dah tak sempat dah. Lagipun abang memang nak sangat akak jauh dari abangkan. Sekarang permintaan abang tu dah pun dimakbulkan” “Rina jangan cakap macam tu, Itu dulu sekarang abang....” lantas dipotong kata-kata aku “Ok lah abang kami dah nak naik flight ni”.panggilanterusditamatkan. Disaat itu aku amat sedih. Baru aku ingin meluangkan masa dengan Rita tapi begini pula jadinya.
Aku ke satu tempat yang pernah aku bawa Rita dulu. Disitulah tempat terakhir aku berperangai baik dengan Rita.Disitu aku pernah bergurau senda dengannya. Pada hari itu aku memang sangatbaik dengan Rita. Aku belanja dia makan Ais krim, berlari bekejaran dan bermain-main.Tidak sangka hanya itu hari tu sahaja kebaikan yang terakhir aku curahkan pada Rita. Maafkan Aku Rita. Kalau diingatkan kembali , kemalangan yang menimpa Rita ni. Aku rasa semua berpunca dari aku. Sebelum kejadian ni berlaku, aku bercadang nak ‘culik dia main-main’. Pada hari itu aku dan beberapa rakan bersepakat untuk ‘culiknya’ didepan kampus. Aku menelefonnya dan menyuruh dia tunggu aku di depan bus stop. Rancangan telah dirancangkan. Rakan aku yang ditugas untuk ‘menyapunya’ sudah sedia dengan tugasnya. Selepas itu kami pun standby untuk melakukan idea bodoh tersebut. Tapi kami dapati Rita tiada di bus stop tersebut. Aku cuba menelefon Rita. Tapi dia tidak dapat dihubungi. Aku fikirkan dia sudah mengetahui idea kami. Bila jam sudah menunjuk pukul 12 malam. Telefon bimbit aku berdering. Panggilan tersebut dari nombor yang aku tak kenali. Aku pun menjawab panggilan tersebut. “hello sapa tu” “Hello ni abang Farith ke” “Yesaya” “abang saya adik Rita. Saya nak tanya abang ada dengan akaksayake?” “Eh mana dapat nombor ni. Rita? Tak delah” “Dah Ritatu kakak saya, dari dialah saya dapat. Betul ke kakak tak de” “betul. Asal” “akak dari siang tadi tak balik-balik umah” “ha yeke” Selepas itu panggilan ditamatkan. Aku mencapai kunci motor LC aku dan mencari Rita disekitar KL. Jam sudah pun mencapai 3 pagi. Aku ke rumah Rita yang terletak di Bangsar. Aku pun menekan loceng rumahnya. Seminit kemudian keluar seorang remaja perempuan. “abang jumpa tak” “tak” “mana akak pergi ni” “Macamnilah Rina. Rina masuk. Tidur dulu. Kita tunggu Rita. Mana tau kejap lagi dia balik ke” “tapi kalau dia tak balik juga?” “Esok kita pergi balai” “em” “Ni duduk umah dengan sapani” “sorang je” “Mak ayah mana” “em...” “Takpelah pergi masuk kunci pintu semua. Esok abang datang” Selepasitu aku pulang kerumah. Pada keesokan paginya, jam 8 pagi aku sudah tiba dirumah Rita. “Rita ada call tak?” “tak. Tadi Rina telefon dia. Tapi tak dapat juga” “tak pe lah kita gi balai buat laporan”. Kami pun pergi ke balai. Sebelum tiba di balai aku singgah sebentar untuk membeli top up. Selesai membeli aku pun kembali ke tempat pakir. Tiba-tiba ada sebuah van berhenti diseberang jalan di depan aku. Selepas berhenti beberapa ketika dia terus memecut laju. Tiba-tiba aku terlihat seorang yang amat aku kenali. Dia kelihatan terhuyung-hayang dan lemah sekali. Dia cuba melintas jalan menuju kearah aku. Tiba-tiba sebuah kereta telah melanggarnya. Disaat itu aku telah menjerit “Rita!!!”. Rita mengalami cedera parah dan di kejarkan kehospital.Dia tidak sedarkan diri selama 2minggu lebih. Banyaknya perkara jahat yang aku lakukan pada Rita.Rita maafkan aku.
Pejam celik dah 5 tahun aku dan Rita terpisah tanpa khabar berita. Aku pun tidak tahu apa yang telah berlaku dengan Rita. Apakah dia sudah kahwin? Sudah mempunyai anak? Kalau sudah kahwin mesti anak-anaknya kacukan mat salleh. Tapi rindu aku pada dia sangat lah menusuk hati ni. Aku pun tidak tahu kenapa aku merasa rindu pada perempuan yang aku tak suka.apakah aku sudah jatuh hati pada perempuan skema itu. Mungkin.... Tapi bisakah dia menerima aku yang selalu membulinya dan selalu menyakitkan hatinya? Aku fikirkan dengan menguruskan syarikat ayah Mimi ni, aku dapat melupakan Rita.Tapi ingatanaku semakin kuat pula pada dia. Akuberharap ingatan Rita akan pulih dan mengingati aku semula. Tiba-tiba pintu pejabat aku di ketuk. “masuk,Ye” “Selamat pagi EncikFarith” “Selamat Pagi” “saya nak beritahu jadual untuk hari ini, Hari ini Encik Farith ada satu temu janji sahaja dengan syarikat dari London pada pukul 2 petang nanti.Semua kertas kerja dah siap” “Ok terimakasih ye”. London.... London.... Dah 2 kali aku kesana takpernah pula berjumpa dengan Rita. Jam 1.45 petang aku sudah pun tiba ditempat temujanji. Sengaja aku datang awal. Tepat jam2petang seorang wanita yang amat bergaya datang menyapa aku. “excuse, EncikFarith Anuar?” “Yes, and you mesti Lisa Arita.jemput duduk” Lisa Arita muka nya seperti aku pernah nampak sahaja. Dan aku mudah mesra dengan dia seperti sudah lama mengenalinya tapi aku masih tidak dapat menangkap wajahnya mirip siapa.
Pada malam harinya aku keluar bersama-sam teman aku di sebuah shoping complex. Aku singgah di sebuah kedai yang menjual air. Tiba-tiba mata aku terpandang seseorang yang aku kenali. “Excuse, Rina kan” “Eh abang...” “Bila balik sini?” “baru 2 minggu. Akak ada jumpa client kat sini”. “Akak? Akak dah sihat ke. Ingatan dia macam mana?” “em akak sihat je. Tapi ingatan dia masih sama” “em tak pe lah... tapi kalau abang nak jumpa dia boleh” “Rasanya tak payahlah” “tapi abang rindu kat dia... ops...” “apa tak dengar la?” “abang rindu kat dialah... sejak dia tinggalkan abang , abang makin ingat kat dia.” “ em abang Rina nak kena pergii sekarang lah. Kalau abang nak tahu pasal akak. Ahad ni kat sini kita jumpa”. Selepas itu Rina terus meninggalkan aku.
Hari kedua temu janji aku bersama Lisa Arita. Hari ni merupakan hari terakhir kami. Sebelum menamatkan pertemuan kami. Kami sempat bergurau. “Cik Lisa nikan membuatkan saya teringatkan seseoranglah” “ye ke, sapa?” saya tak pasti siapa. Tu saya tengah pikir”. “pelanduk 2 serupa kot” “jap jap jap... ya macam Rita” “Rita... Siapa Rita tu Yit” “Apa Yit” “masuk saya Farith ha Farith” “Banyak persamaan Cil Lisa dengan dia. Yit tu dia sorang je yang panggil saya macam tu. Cik Lisa ni berselendang dan bergaya. Tapi dia tak. Dulu saya selalu buli dia. Tapi sejak dia tinggalkan saya. Saya rasa amat kehilanggan. Eh maaflah emo pula” “eh tak apa lah”.
Tibalah hari yang dijanjikan. Aku pun bertemu dengan Rina. Disitu Rina telah menceritakan semuanya pada aku. Barulah aku tahu Siapa dia Rita . Selepas mendengar semuanya. Aku pun pergi tempat yang sudah 5 tahun aku tidak jejaki. Teman kenangan aku danRita. Disana aku mengingati semula memori yang tercipta bersama Rita. Disana aku telah meluahkan rasa hatiku. Aku telah menjerit sekuat hatiku. “Rita!!! Yit Cintakan Rita!!!” Yit Cintakan Rita. Maafkan Yit Rita. Tiba-tiba kedengaran satu suara. “Yit. Rita pun Cintakan Yit”. Aku terus berpaling kebelakang. Aku lihat Lisa Arita berdiri dan memandang tepat pada mataku. “Maaf CikLisa.Cinta saya hanya untuk Rita” “Yit,Nilah Rita yang selalu Yit buli dulu. Rita yang skema” “Tak mungkin” “Maafkan Rita Yit. Maafkan Rita sebab tinggalkan Yit” “Rita... Rita tak salah. Yit yang patut minta maaf. Yit selalu sakit hati Rita. Maafkan Yit Rita. Maafkan Yit” “Rita sebenarnya dah lama maafkan yit” “Tapi Rita tinggalkan yit”. “Ingat tak 5 tahun dulu. Rita kan pernah diculik. Kalau Yit nak tahu Mimi yang culik Rita. Dia culik Sebab dicemburukan Rita. Sebab tu Rita pergi London”. “abis tu ingatan Rita” “Rita berpakat dengan doktor dan adik. Maafkan Rita” “Tak Rita. Yit yang salah. Yit tak sangka Mimi sanggup buat macam tu” “Yit betul ke apa yang Rita dengar tadi?” “Rita sebenarnya Yit memang dah lama cintakan Rita. Kalau Rita nak tahu sebelum Rita diculik, Yit nak culik Rita dulu. Yit nak luahkan Isi hati Yit. Tapi Rita kemalangan. Lepas kemalangan tu Rita tak ingat kan Yit. Yit Ingat nak bagi tahu masa tu tapi tak sempat sebab Rita dah nak pergi London. Hati Yit tak tahu nak cakap macam mana sebab Yit tak sempat nak luahkan perasaan yit pada Rita” “Maafkan Rita sebab buat hati Yit terluka” “Tak mengapa. Memang patut Yit terima tu semua” kami terdiam seketika. “Yit cuba tengok matahari terbenam tu” “cantik...... Rita” aku tatapi mata Rita. “Yit nak minta maaf sebab selalu menyakitkan hati Rita.dan Yit nak Rita tahu yang Yit sayang dan cinta pada Rita”
“Rita pun nak minta maaf sebab tinggalkan Yit tanpa sebarang berita, dan Rita pun nak Yit tahu Rita pun sangat mencintai Yit”.
Bila matahari terbenam , disaat itulah aku meluahkan rasa cinta,
Bila matahari terbenam, disaat itulah cinta kami berputik,
Bila matahari terbenam, disaat itulah kebahagian dan kegembiraan datang,
Bila matahari terbenam, disaat itulah terbinanya mahligai cinta,
Mataharilah menjadi saksi cinta kami....
.....Bila matahari terbenam.....
Maaf dengan segala kesalahan tatabahasa dan ejaan
No comments:
Post a Comment