Intan dilahir dalam keluarga yang miskin dan serba kekurangan. Ibu Intan bekerja sebagai tukang jahit dan bapanya pula telah meninggal dunia sewaktu Intan berumur 5tahun. Selepas itu ibu Intanlah yang mencari rezeki untuk menyara kehidupan dan mencari sesuap nasi. Kini Intan mula melangkah ke tahun satu di Sekolah Rendah Kampung Jawa. Hari ni merupakan hari pertama Intan memasuki sekolah tersebut. Ibu Intan menghantar Intan sehingga dihadapan kelas Satu Pintar. Lalu si ibu berpesan "Intan belajar rajin-rajin tau, dengar cakap cikgu dan jangan nakal-nakal. Nanti tengahari ibu datang ambil ye". Si anak menjawab"Baiklah ibu". Lalu si ibu memberi satu kucupan di dahi si anaknya. Si anak membalas kembali kucupan tersebut ke pipi ibunya. Selepas tamat sesi persekolahan si anak pun dijemput ibunya untuk di bawa pulang. Begitulah rutin hariannya. Suatu hari si anak menangis selepas sesi persekolahan tamat. Ibunya bertanya"kenapa Intan menangis ni?". "Tadi Intan jatuh, Kain Intan dah koyak, Intan takut ibu marah"jawab Intan dalam tangisan. Si ibu yang mendengar terus memeluk si anaknya. "Tak, Ibu tak marah, tak pe balik nanti ibu jahit semula kain ini ya" sianak hanya mengangguk dan mereka pun terus pulang. Suatu hari si anak terjaga dari tidurnya. Si anak terjaga disebabkan terdengar batuk ibunya. "Ibu kenapa ni? ibu sakit ke?". "Tak ada apa-apalah, Ibu ganggu tidur Intan Ya?". "Tidaklah, ibu, ibu sakit ya?" "Batuk sedikit sahaja Intan, Intan sambung tidur semula ya" "Baiklah Ibu" Si anak pun tidur semula. Pada Keesokan harinya, seperti biasa si ibu menghantar si anaknya ke sekolah. Tapi pada hari itu kelakuan si ibu agak pelik namun si anak yang masih kecil tidak mengerti. Si ibu berpesan kepada si anaknya sebelum masuk ke kelas "Intan... Intan belajar rajin-rajin ya, jangan nakal-nakal, jaga diri, hormatkan orang ya sayang, dan jangan sedih-sedih bila ibu tak de.Ibu sayang Intan" "Baik ibu, Intan akan dengar segala nasihat ibu, Intan pun sayangkan Ibu" Selepas itu si ibu memeluk erat anaknya serta mengucup pipi dan dahi anaknya sepuas-puas. Bermula sesi pelajaran. Kini pertukaran waktu. Waktu itu waktu pelajaran Bahasa Melayu. Sedang guru asyik mengajar tiba-tiba seorang guru dan seorang wanita yang amat dikenali Intan telah datang. Guru tersebut memanggil Intan. "Eh Ibu Jah". "Ye sayang, mari kita pulang" "Pulang untuk apa kan sekolah belum habis" "Hari ni Intan dibenarkan pulang awal". Intan hanya menurut sahaja perintah Ibu Jah. Intan masuk semula ke kelas untuk mengemas alatan dan buku sekolahnya. Selepas itu si Intan menyalam tangan kedua orang gurunya. Tiba di perkarangan rumah, Intan merasa hairan kerana ramai orang di rumahnya. Si Intan bertanya kepada Ibu Jah "Ibu Jah kenapa ramai sangat orang kat rumah Intan, Adahari raya ke sebab semua pakai baju melayu dengan baju kurung?". Ibu Jah pun menjawab dengan berat hati "Intan, Intan jangan sedih ya, Apa yang Ibu Jah nak cakapkan ni, Intan, Ibu Intan dah tak de" "Tak de Ibu pergi mana?'' "Ibu Intan dah ikut ayah Intan" "Ibu dah ikut ayah?" "Ya sayang" Intan yang mendengar kata-kata Ibu Jah berlari masuk ke rumah. "Ibu kenapa ibu pakai baju putih ni, Kenapa hidung ibu ditutup, Ibu kenapa ibu tak bergerak-gerak ni. Ibu bangun ibu, Ibu bangun". Kelihatan manik-manik putih berjurai-jurai di pipi Intan. Namun Intan ingat pesanan ibunya supaya jangan sedih-sedih bila ketiadaan ibu. Jenazah Si Ibu selamat di kebumikan. Selepas itu Intan pulang dan menatap gambar ibunya. Tiba-tiba Ibu Jah menegur "Intan lepas ni Intan duduk dengan Ibu Jah ye, Ibu Jah tak de anak, Intan jadi anak Ibu Jah boleh?'' "Intan tak kisah". "Intan, Intan ni seorang anak yang baik dan tabah, Ibu Jah tak penah jumpa budak yang setabah Intan". "Ibu Intan pesan jangan sedih-sedih bila ibu dah tak ada". Lalu Ibu Jah pun memeluk Intan.
Kini Intan duduk bersama Ibu Jah disebuah rumah Banglo. Ibu Jah tinggal di rumah banglo itu, Ibu Jah bekerja sebagai pembantu rumah di rumah tersebut. Dirumah tersebut tinggal sebuah keluarga. Iaitu Datuk Sri Jamil dan Datin Rosnah serta dua orang anaknya Idham dan Suraya. Idham bakal menduduki UPSR manakala Suraya muda dua tahun dari Intan. Intan disukai oleh keluarga tersebut terutama sekali Suraya namun Idham agak tidak suka dengan kehadiran Intan tetapi Idham seorang abang yang penyayang. Intan selalu bermain dan belajar bersama Suraya. Mereka kelihatan seperti adik beradik. Namun berlainan dengan Idham. Idham selalu memarahi Intan. Ada suatu hari tu, Intan dan Suraya bermain di laman rumah Intan berlari bekejaran bersama Suraya. Tiba-tiba Suraya terjatuh, sewaktu kejadian itu berlaku Idham ada disitu. Lalu Idham menuju ke arah Suraya. Idham mendapati kaki Suraya terluka. Lalu Idham terus memarahi Intan "Hei kau ni apahal, agak-agak ar nak main pun. Main sampai jatuh luka ni asal". Intan cuba memegang Suraya namun di tepis Idham "tak payah nak pegang-pegang, dah blah". "Abang Cuya jatuh sendirilah". "Tak payah nak backup perempuan ni la. Dah jom masuk". Intan rasa agak sedih dengan kejadian tersebut. Lalu Intan pun masuk ke biliknya dan menangis. Ibu Jah yang ternampak Intan masuk ke bilik merasa pelik. Lalu Ibu Jah pun masuk kebilik untuk melihat keadaan Intan."Intan payung ni kenapa menangis durja ni?". "Tak de pape lah bu". "Ni mesti kena marah ngan Abg Idhamkan". Intan hanya berdiam diri.
Selepas makan malam, Seperti biasa Intan akan menolong Ibu Jah mengemas. Selepas mengemas Intan masuk ke bilik untuk masuk tidur. Pada tengah malam Intan terjaga, tekak Intan terasa haus. Lalu dia ke dapur untuk minum. sedang dia menuang air dalam gelas tiba-tiba Idham muncul. "Abg Am nak minum ke? Intan tuangkan sekali". "Tak payah, Aku boleh buat sendiri". Selepas dimarah Intan hanya berdiam diri lalu menghabiskan baki air dan terus masuk ke bilik semula.
Kini sudah 5 tahun Intan duduk didalam keluarga itu, suka,duka,puji,marah semuanya telah dirasai. Tetapi Intan merasakan duka lebih dari suka semenjak tinggal di rumah itu. Walau banyak mana pun kena marah, Intan tetap tabah menjalani kehidupan. Tahun ini tahun Intan pula untuk menduduki peperiksaan UPSR. Intan belajar dengan bersungguh-sungguh. Kini tiba waktu peperiksaan tersebut. Intan menjawab semua soalan dengan tenang. Hari adalah kertas terakhir. Seperti biasa Intan menjawab dengan tenang. Selepas beberapa bulan keputusan UPSR. Intan mendapat 5A. Intan sangatlah gembira. Pada malam itu, Ibu Jah memasak makanan yang sedap dan makanan kegemaran Intan. Seluruh keluarga merasa pelik. Datuk pun bertanya"wah delicious, apa yang menarik sangat ni Mak Jah?" "Kalau Datuk nak tahu tanyalah Intan". "Intan apa dia, bagilah tau papa". " Tak de papelah". "Intan .... Mama pun nak tau". "Alah tak pentinglah Ma,Pa". Tiba-tiba Idham menyampuk "Orang dah suruh, bagi jelah tahu susah sangat ke". Kini giliran Suraya pula "Cuya rasa Cuya tau apa dia, Ni mesti result Kak Tan an". "Em... ". "Kak dapat berapa Kak?". "Akak dapat.. dapat 5A". "Wah, Yeke kak tahniah la Kak". Kini Datuk pula membuka bicara "Tahniah ye Intan, Intan cakap je Intan nak apa, Nanti papa belikan". "Em, Intan tak de pape yang nak Intan minta". Idham sekali lagi menyampuk "Orang dah offer jual mahal lak". "Am apa Am ni, dari dulu tak penah nak bebaik ngan Intan ni, Intan cakap je ngan papa, papa belikan". "Betul pa Intan tak nak pape. Cukuplah Intan telah diberi tempat berteduh dan tempat menunpang kasih sayang". Kelihatan mata Intan agak kemerahan dan berlinangan. " Intan cuma nak berterima kasih je pada Papa,Mama,Bu Jah,Cuya dan ... ...Abg Am...". Idham mula menyindir Intan "Tak yah nak buat drama la we". "Am kenapa ni, papa tak sukalah". "Em...pa.. Intan cuma nak satu je". "apa dia cakap je". "Intan... Intan...". Tiba masa mama bersuara"Intan nak apa?". "Intan nak masuk asrama".
Kini tiba masa Intan masuk ke alam persekolahan baru iaitu alam persekolahan menengah rendah. Intan telah diterima masuk ke Sekolah Berasrama penuh di Kuala Lumpur. Hari pertamanya dia telah berkenalan dengan seorang pelajar perempuan kacukan melayu cina. Pelajar tersebut bernama Miasarah Ling dan seorang lagi pelajar berbangsa Cina Mei Ling. Kebetulan pula nama keluarga mereka sama. Intan agak seronok berada di sekolah tersebut. Memandangkan 'si Kepoh' tu tak ada, barulah aman dunia Intan seketika. Tapi Intan mula rasa rindu pada Bu Jah, papa,mama dan Cuya. Sebenarnya rindu juga kat 'Si Kepoh'. Tapi bila dia ada depan mata asyik kena marah je. Selepas seminggu berada di sekolah tersebut perasaan rindu pada keluarga angkatnya membuak-buak namun bila di fikir-fikir nanti kena marah je dengan 'si kepoh' tu. Lagi pun keje awal-awal ni banyak la. Intan membuat keputusan untuk menelefon sahaja. Sampai di depan public phone Intan mendail nombor rumah, tututututututut kedengaran bunyi ringing. Tiba-tiba kedengaran suara seorang gadis yang amat dikenalinya. "hello". "Hello Cuya ni kak Intan ni, Cuya sihat yang lain-lain?". "Cuya sihat je, semua sihat juga". Em nanti pesan kat papa tak payah jemput akak ye". Ala asal akak tak balik sapa nak ajar Cuya". "ala nanti akak balik la, pesan kat papa bila akak nak balik akak telefon Ok". "Ok, tapi jangan lama-lama ek". " Orait, sampaikan salam kat semua ek, love Cuya, assalamualaikum". "Waalaikumsalam". Hilang la sikit rindu pada keluarga. Pejam celik pejam celik dah hampir sebulan Intan tak pulang. Rindu pada keluarga dah tak tertahan lagi. Intan pun menelefon rumahnya. Baru sahaja dail sudah ada orang menjawab "Hello". Suara itu amat di kenalinya, suara si kepoh. Kedengaran sekali lagi "Hello". "Em... Hello". "Sape ni". "In...Intan". "Owh kau, Aku ingat dah lupa nombor telefon rumah ni, apasal kau telefon ni?". "Intan nak minta papa ambil cuti nanti. Cuti tahun baru cina". "La nak balik ke? Asal kau tak tinggal terus je kat asrama tu, kau tau tak aman doh rumah ni tak de kau". tanpa sedar air mata Intan berlinangan di pipinya selepas itu kedengaran satu suara lain di corong relefon tersebut "Am sapa tu". Lantas telefon di letak Intan. Suara itu adalah milik Bu jah. Kebetulan pada masa itu Si dua Ling lalu disitu dan melihat Intan menangis. "Hei Mia tu Intan kan Kenapa dia menangis?". "Ha ah la, jom tengok". Lalu mereka pun menuju ke Intan "Hey kawan kenapa kamu menangis". "Tak de papelah Mei Ling". "Kau tak yah nak tipu kitorang lah". "Tak de pape aku just rindu kat family aku, tu je lah Mia".
Kini tiba waktu cuti Tahun Baru Cina. 'Pon..Pon..Pon' . Kedengaran bunyi hon kereta. Sebuah kereta BMW sport masuk di perkarangan sekolah. Segera Intan membawa bagasinya kedalam bonet kereta dan terus masuk ke dalam kereta. Kalau boleh dia tak mau sesiapa tahu yang dia ni ada kena mengena dengan keluarga VIP. Setelah tiba di perkarangan rumah, Intan disambut Cuya. "Akak, Rindunya". "Akak pun rindu kat Cuya". "Akak malam ni akak tidur ngan Cuya ek,sebab Cuya dapat jumpa akak hari ni je". "Asal lak?". "Cuya ada kem". "La asal tak cakap awal-awal, Kalau tau Cuya tak de malas akak nak balik". "Asal pula kak?". Tiba-tiba satu suara menyampuk "sebab aku ada". Suraya dan Intan terus terpandang kearah suara itu datang. Rupa-rupanya suara itu milik Idham. "Kan sebab aku ada kan". "Eh abg Am, Mmmmm....mmm Tak de lah". "Abg ni kenapa? Perasanlah. Dah kak, jom kita masuk. Petang ni mandi kolam nak". Intan hanya mengangguk tanda setuju.
Selepas meletakkan beg di bilik, Intan mencari Ibu Jah. Intan menuju ke dapur. Betul tekaannya, Bu Jah ada di dapur. Diam-diam Intan berjalan kearah Bu Jah untuk menyakatnya."Bu bu Jah!". Bu Jah yang kaget terus melatah"Oh Bu Jah kau, Bu Jah ooo, Bujang". Intan yang melihat Bu Jah melatah ketawa berdekah-dekah. "Bertuah punya anak". Intan hanya tersengih seperti kerang busuk. "Bila sampai?". Sambil menyalam dan mencium pipi Bu Jah"Tadi.... Hye tulah kusyuk sangat masak kat dapur ni sampai orang balik pun tak sedar". Sekali lagi Intan menyakat Bu Jah "PooM Bujang Lapok!". Dan sekali lagi Bu Jah melatah"Pooom ooo bujang lapokkk pok". Intan lantas melarikan diri. Bu Jah yang geram dengan nakal manja anak dara sorang tu pun memekik" Ooi anak dara sorang ni nak pergi mana pula tu?". "Kolam!". Intan menjerit dari jauh. Lalu Intan pun ke kolam yang berada di tepi rumah. Intan hanya berjalan-jalan mengelilingi kolam sementara menunggu Suraya tiba. Selang 10 minit, Suraya pun tiba "akak!". "Yup,sayang. Mama papa pergi mana?". "Keluar jap.La asal akak tak tukar baju lagi?". "Tak pe lah pakai track bottom je ngan t-shirt ni je, lagi pun akak bukan nak berenang". "Ala akak ni". "akak bukan cam Cuya". "Ok fine, Tak pe cuya ajar akak berenang k". "Alah tak yah lah". "tak... Boleh, JOM!". Lalu Suraya terus terjun kedalam kolam. "Ha kak cepat". Intan pun turun ke dasar kolam perlahan-lahan. Sambil dipimpin Cuya. Lalu berjalan ke tengah kolam. "Ok kak, try apung badan". "takut la". "try la dulu". Intan pun cuba mengapungkan dirinya kedasar kolam. tengelam timbul Intan. Akhirnya Intan mengalah. "dah ar dik akak cungap la". "Alah akak ni...". Suraya akur dengan permintaan Intan. Suraya memimpin Intan ke tepi kolam. Tiba-tiba telefon bimbit Suraya berdering. "kak jap ek". "orait". Intan pun duduk ditepi kolam sambil bermain air. Tiba-tiba Idham muncul. "aku ingat kau tak tau nak balik dah". "Eh abg Am". "Aku tau, kau tak nak balik sebab kau dah ada jantan an". "Ape abg cakap ni". "Alah minah ni, tak yah lah nak selindung, aku dah 5 tahun kat sekolah menengah aku tau la". Intan yang tidak suka dengan tuduhan yang tak berasas tu pun berdiri. "Abang Am, itu mungkin abang, but not me, Intan bukan cam tu". "Wah sekarang kau pandai tinggi suara kat aku ek". "maaf abg, Intan tak de niat nak tinggikan suara kat abg". Idham terus menyergah. Akibat sergahan Idham, Intan termundur kebelakang lalu terjatuh ke dalam kolam. Intan yang tak tau berenang terkapai-kapai sambil meminta tolong. Namun permintaannya tak dihiraukan Idham. Tiba-tiba Suraya datang. "Abg akak tak pandai berenangla!". "ha tak kan lah minah tu tak pandai berenang". Tiba-tiba Intan tak timbul. Idham kaget, segera dia terjun dan selamatkan Intan. Idham menarik Intan ke tepi , Suraya membantu Idham. Intan tak sedarkan diri. "Abg akak tak sedar ni... Cam ner ni". "Relax...". "Abg kan PBSM tak kan tak tau". "Em...mmm.. bantuan penafasan mulut ke mulut". "Ha apa lagi buat la". "Abg?". "Yelah". Lalu Idham pun buat. cubaan pertama tiada kesan, Idham buat untuk kali kedua, namun hasilnya tetap sama. Idham membuat pernafasan sekali lagi. Kesan nya masih sama. "Cuya, abg dah tak tau nak buat apa ni". "Abg... try for Cuya Please". Idham akur, dia melakukan sekali lagi. Intan masih tak sedar. "Abg... asal akak tak sedar lagi". "Intan...". Tiba-tiba Intan batuk dan memuntah kan air. "akak". Suraya terus memeluk Intan dan menutup badan Intan yang basah kuyup dengan tuala. Bu Jah yang mendengar rengekkan Suraya terus menuju ke kolam. " Ni apahal ni....". "Ni abang to....". segera Intan potong kata-kata Suraya. "Intan jatuh dalam kolam, Abg Am tolong Intan". "OOO... dah masuklah nak magrib ni". Idham laju menjawab "OK".
Pada waktu makan malam semua ahli keluarga makan kecuali Intan. Orang yang pertama perasan ketiadaan Idham. Idham pun mula berseloroh. "meja ni camluas je Am rasa". Mama yang tak mengerti maksud anak bujangnya itu bertanya"apa yang luasnya biasa je mamatengok". Papa turut bersetuju dengan kata-kata isteri tercintanya. "Em betul kata mama, sama je papa tengok". Suraya yang dari tadi sibuk dengan makanannya baru tersedar bahawa kakak kesayangannya tiada. "A'ah. Kak Intan mana? Kak Intan mana Bu Jah". "Intan demam, ada kat bilik". "Ni mesti kes jatuh kolam, dia dah makan ke belum?". "Tadi Bu dah bagi dia bubur tapi tak tau lah luak ke tak". Selepas mendengar kata-kata Bu Jah. Suraya segera menghabiskan makanannya lalu kedapur untuk basuh pinggan dan terus ke bilik Intan. Perlahan-lahan Suraya masuk ke bilik Intan. Dia melihat bubur nasi yang berada di meja masih tak luak. Dirasanya dahi Intan. Panas. Tiba-tiba Intan terjaga. "Cuya". "Kak. maaf buat akak terjaga". "Tak pe, kenapa tak tidur lagi. Esok kata nak pergi Kem?". "Akak Cuya tak nak pergilah, Cuya nak jaga akak". "Akak dah besarla". "Ok, Cuya pergi, tapi akak makan bubur ni sikit". "akak dah kenyang lah sayang". "sikit je". "Oklah". Intan pun makan bubur yang di suap Suraya. Untuk kali kedua suapan Intan menolak. "Dah akak dah tak larat dah. Cuya gi tidur k". "Cuya nak tidur dengan akak". "Cuya tidur bilik Cuya la, nanti jangkit lak". "Tak nak". "Cuya sayang akak kan". " Ok,Fine Cuya tidur bilik Cuya". Sebelum berlalu Suraya mengucup dahi Intan lalu terus ke biliknya. Sewaktu Suraya keluar Idham ada di tepi pintu bilik Intan. "Abg buat pe duk sini". "Sukati la, Minah tu cam ne". "Demam! Panas! panas gila badan dia". "tak lama lagi gila la tu". "Abg! abg buli dia waktu Cuya tak de siap abg. ini AMARAN!!". Suraya terus masuk ke biliknya.
Pada keesokakan harinya, Sebelum Suraya pergi Kem Suraya sempat menjenguk Intan di biliknya. Sewaktu itu Intan dalam keadaan tidur. Dikucupnya dahi Intan, masih rasa kehangatan badan Intan akibat kejadian semalam. Berat rasa hati untuk meninggalkan Intan walau pun hanya untuk 3 hari. Tiba-tiba Bu Jah muncul di muka pintu. "dah lah Cuya Bu Jah jaga Intan tu nanti". "Bu Jah janji". "Yelah, dah,dah jom dah pukul 12 ni Cuya kena ada kat sana sebelum kul 1 kan. Ni papa nak antar Bu Jah kat Pasaraya lagi". "Abis sape nak jaga akak". "Am tak ikut". "abang!". "Dah,dah... gerak cepat". Suraya terpaksa ikut sahaja kata Bu Jah. Kebetulan Idham lalu dihadapan bilik Intan. Bu Jah segera memanggil. "Am, tolong sikit boleh". "Ape dia". "Dalam pukul 12.30 kejutkan Intan suruh dia makan bubur dan makan ubat". "Bu Jah nak gi mana?". "Bu Jah nak ke pasaraya jap". "Em yelah". Selepas mendengar Idham ikut sekali kedepan. Selepas melihat tiada lagi kelibat kereta BMW sport Idham masuk semula untuk menonton tv. sedang asyik menonton baru dia teringat pesanan Bu Jah. Lalu dia pun tengok jam yang tergatung di atas dinding. 12.30. "Intan!". Segera dia mencedok bubur nasi kedalam mangkuk. Lalu masuk ke bilik Intan. Intan kelihatan masih demam. Idham meletakkan tangannya ke dahi Intan. Ternyata dahi Intan memang panas. Tiba-tiba Intan terjaga. Segera Intan mencapai tudungnya di tepi katil lalu memakai ia. "Sorry ganggu". "Abg Am" kedengaran suara Intan perlahan sekali. "Ni bubur ni makan". "Letak je kat meja tu, nanti Tan makan". "Tak makan sekarang". "Letak je nanti Tan makan". "makan!". Intan akur. Intan pun menyuap bubur ke dalam mulutnya. "Dah". "Lagi". "Dah kenyang dah". "Biar aku suap". Intan mengeleng. "Makan je la dah suap ni". Perlahan-lahan Intan membuka mulut. Akhirnya habis semangkuk bubur dimakan intan. "ni minum air pastu makan ubat ni". Intan hanya menurut perintah sahaja. "Dah selesai tugas aku tidur balik". Idham kembali ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Tanpa disedari Idham tertidur. Sedar-sedar waktu hampir maghrib. "Ya Allah, nak maghrib. Telepas solat Zuhur". Segera Idham menunaikan solat. Selepas solat Maghrib Idham turun semula untuk makan. Idham memanaskan lauk yang ada. Selepas itu makan. Selesai makan Idham membersihkan pinggan mangkuk. Tiba-tiba rumah diketuk. Idham pun membuka pintu. Rupa-rupanya papa dan mama. Idham pelik seketika di jengahnya keluar mencari kelibat Bu Jah. "Ma Pa mana Bu Jah". "Owh, Bu Jah balik kampung, ada kematian katanya tu papa ngan mama baru balik hantar Bu Jah". "Dah tu sapa nak jaga si Intan". "Kamu lah". "Lah asal lak Orang". "Am, sekarangkan cuti sekolah". 'Ala mama". "Alah jaga je lah". "Papa bagi upah". "Ha ni Am , Bu Jah Pesan kul 8.30 kang bagi Intan makan". "Orait",. "Ok naik dulu ye". Idham sambung menonton Tv . Tiba-tiba telefon berdering "Hello". "Hello, Am ni Ibu, Maaf susahkan Am". "Sikitla, tak pe la". "Tadi Am bagi Tan makan tak?". "Bagi". "berapa banyak dia makan". " Semangkuk". "Ha! Semangkuk, pandai Am jaga dia, kalau tak dia makan sesudu je". "oo biasa la Am yg jaga, tapi memang mula-mula dia makan sesudu je, Am paksa dia makan baru dia makan". "Ooo Am jangan gertak sangat dia tu, Kalau gertak nanti demam dia bertambah". "Ok". "Ni dah nak pukul 8.30 ni pergi bagi dia makan. Pastu pukul 4.30 pagi pastu 12.30 pastu 8.30 sampai Ibu balik". "adoiyai, Bu Jah balik bila?". "3 hari lagi Ibu balik la". "3 hari lagi, dah la Cuya pun 3 hari lagi baru balik". " Alah kejap je, lagi pun dia dah besar dah 13 tahun dah matang dah bukan dak4,5 tahun". "yela". Selepas tamat berbual Idham menyediakan bubur untuk Intan. "Try betul ke kalau kena gertak dia akan lagi demam". Idham pun membuat tugasannya. Mula-mula dia merasa tahap kepanasan .Lalu Idham mengerak Intan supaya bangun untuk makan. Seperti biasa Intan hanya makan sesudu sahaja. "Makanlah sampai habis!". ntan terus makan. Selepas itu Idham memberi Intan makan Ubat dan Minum air. Lalu menyuruh Intan tidur. Idham keluar dari bilik Intan lalu ketawa. Pada malam itu Idham tidur di ruang tamu. Tiba-tiba Idham terdengar bunyi batukkan Intan. Idham menjenggah ke bilik Intan. Idham lihat Intan berpeluh. Lalu Idham meletakkantangan ke dahi. Idham dapati suhu demam Intan semakin panas. Mula Idham menyesal atas perbauatannya. Malam itu Idham menjaga Intan dengan penuh perhatian. Idham meletakkan tuala basah di dahi Intan. Memastikan suhu bilik sesuai untuk Intan. Selepas 5 minit Idham akan membasahkan semula tuala. begitulah kerja Idham sehingga menjelang pukul 4 pagi. Intan terjaga, Intan lihat Idham tertidur ditepi katilnya. Intan perlahan-lahan bangun untuk ketandas. Idham tersedar dari lenanya, dia lihat Intan tiada dikatilnya. Idham keluardan menjenggah ke dapur. Idham lihat Intan sedang terduduk di tepi pintu bilik air. "Asal kau tak kejut je aku". "Tan tak nak ganggu Abg AM". "dah sini aku papah". "Tak pe Intan boleh jalan". Intan menggunakan semua kudratnya untuk berjalan namun baru sahaja setenggah langkah Intan sudah longlai. Segera Idham sambut. Idham mengangkat tubuh Intan itu lalu dibawanya kebilik dan dibaringkan di atas katil serta diselimutkannya. "Abg thanks jaga Intan". "Kau jangan tidur dulu, tunggu jap". Idham ke dapur untuk mengambil bubur. Malangnya bubur telah abis. Idham masak sedikit bubur sementara tunggu bubur masak, Idham masuk semula ke bilik Intan. "Jap ek bubur baru nak masak". Selepas 15 minit Idham masukkan bubur yang siap dimasaknya kedalam mangkuk. "Ni makan, panas lagi". Perlahan-lahan Intan makan. Intan terbatuk-batuk. "asal ni? tak sedap ke?". Lalu idham pun rasa sedikit."Tawar doh". Intan tersenyum. "Tak pe lah Abg Am, tekak Intan ni tak rasa pape pon". Intan makan je dengan selamber. Idham gembira melihat keadaan Intan semakin pulih. Pejam-pejam celik dah 3 hari. Suraya dan Bu Jah pun dah pulang. Suraya dan Bu Jah terus masuk ke bilik Intan. "Akak Cuya dah balik". "Cuya,Bu Jah". "Cam ne dah sihat ke Intan?". Alhamdulillah Dah". "Wah Cepat sembuh, 3 hari dah sihat". Tiba-tiba Idham menyampuk "tengok org la Bu Jah". "Ye la, Idham kira power la, Intan ni kalau demam paling kejap pun boleh baik seminggu sebab tu dia jarang kena demam, tapi bila dah kena lama baru nak elok". Tiba-tiba Suraya pula menyampuk" Kak abang ada buli tak?". "Tak de lah".
Pejam celik pejam celik, Intan kini dah jadi budak Universiti. Hari ni hari untuk mendaftar untuk pelajar baru. Idham yang menghantar Intan untuk pendaftaran kerana papa dan mama ke Paris menyambut Ulang tahun perkahwinan mereka. Selepas pendaftaran Idham dan Intan ke Kafe. Tiba-tiba Mei Ling muncul."Hey Intan". "Mei Ling!". "Wah sapa ni . BF ya". Sememangnya Intan tak pernah memperkenalkan Idham pada teman-temannya. "Tak lah, Ni Abg saya". ooo.. "Dah la jom minum sekali abang belanja". Selepas minum Idham pun pulang.
Kebiasaanya, setiap kali outing Intan akan lepak di MidValley bersama 2 Ling iaitu Miasarah Ling dan Mei Ling. Pada hari tu dia ternampak Idham dengan seorang wanita yang cukup cantik. Wanita tersebut persis anak datuk-datuk. Sepertinya Intan pernah lihat. Tapi entah lah di mana. Cantik sungguh dia padan dengan Abg Am. Bagai pinang di belah dua bisik hati Intan. Tiba-tiba Mia menegur Intan. "Apa yang kau duk usya tu". "Tak de pape lah". "alo kawan saya sudah lapar meh...", Mei Ling merungut. "Ok lah kita makan kat Mc-D jom", Intan bercadang. Lalu 3 sekawan tersebut pun ke Mc-D.
Hari lahir Idham hampir tiba. Intan bercadang untuk membeli hadiah untuk diberi kepada Idham. Pada waktu petang kebiasaannya jika tiada kelas Intan dan 2 Ling akan berjoging di Taman Tasik Melawati. untuk ke sana Mereka biasanya akan menaiki kereta Satria Neo Mia. Pada petang tersebut mereka pun pergilah beriadah di Taman Tasik Melawati. Apabila penat berjoging. Mereka berehat sebentar di kerusi yang terdapat di situ. Pada waktu itulah Intan mengambil kesempatan tanya pendapat 2 Ling itu. "Korang aku nak tanya sikit kat korang". "Apa lu mau tanya". "kalau nak bagi hadiah kat laki nak bagi apa ek". "Asal kau nak bagi hadiah kat BF ke?". "Tak de lah nak bagi kat Abang Am la". "hem, bagi jam la, apa susah ooo". "budget aku kecil je la". " Aku ase kau bagi teddy bear je lah". " Woi dia tu lelaki la". Lalu mereka bertiga pun tergelak. Sedang asyik tergelak tiba-tiba Mei Ling ternampak sesuatu" Allo kawan itu bukan abg you ka?". "a'ah la, Abg Am". "Dengan sape tu?". "GF lahtu sape lagi". "Meletup bay Awek dia". "Bay tu apa ha? bye bye ka". "hahaha bukan lah".
Pada hari ini adalah Hari lahir Idham, Intan mengambil keputusan untuk pulang. Mia telah menghantar Intan pulang. "Wah semacam meriah je rumah kau". "tak de ar". "tu kereta belambak tu". " Ni malas aku nak cakap ni, 2 kereta tu papa aku punya, 1tu mama 1lagi ni Abg Am. and 3 lagi ni aku tak tau, Wei jom masuk sekali". "Em, I think next time k".
Intan pun masuk ke dalam. Intan agak terkejut dengan suasana didalam rumah tersebut. seperti ada pesta. Intan terus masuk ikut dapur. "Assalamualaikum...". Kelihatan tiada orang di dapur. Intan terus masuk. Intan meneguk segelas air bagi membasahkan tekaknya yang kering. Sedang asyik minum tiba-tiba Idham muncul. "Eh bila kau sampai ni". "Baru". Idham mahu ke ruang tamu namun segera Intan mengucap "Selamat Hari lahir". "Oh thank, ok aku nak gi depan ni". baru beberapa langkah sekali lagi Intan menahan" abang...". Tiba-tiba muncul wanita yang pernah dia terserempak, kata-kata dan niat Intan untuk bagi hadiah terbantut. "Eh Kat, Em Intan ni kenalkan Kat...Katrina". Katrina terus menyambung kata Idham" Kekasih Idham". Intan berjabat tangan bersama katrina.
Pada Keesokkan harinya Intan mengambil keputusan untuk pulang ke asrama U nya. Sebelum pergi Intan meninggalkan hadiah yang dibelinya untuk Idham di Meja bacaan Idham. Intan pulang ke asrama dengan menaiki teksi. Setiba di Universiti, Intan tidak terus masuk asrama. Intan duduk sebentar di kerusi yang telah tersedia untuk kegunaan pelajar-pelajar duduk. Intan menghirup udara petang sambil termenung. Angin petang yang bertiup sesekali meniup wajah Intan yang cantik. Wajah Intan bertambah ayu apabila si dia memakai selendang ala-ala Yuna. "Kenapa aku nak bersedih pasal Abang Am. Abang Am tu dah macam abang aku je. Katrina tu pula bakal isteri dia. Asal aku nak sedih-sedih ni. ark!. ".Hati Intan berbisik. Tiba-tiba Intan disapa dari belakang. "Oit buat pe sesorang ni. Termenung jauh nampak," Sapa Mia. "Tak de pape lah". "Ingat BF ek". "Cik Mia sayang oi... Hang dah kenal cik ni berapa lama na". "Sejak sekolah menengah". "Hang penah nampak or cik penah cakap ke pasal BF ni". "hehehe tak". "Tau pun".
Kini Intan, Mei Ling, dan Mia dah masuk tahun kedua di Universiti. Suraya pula sedang menunggu keputusan SPM. Idham masih bekerja di Syarikat papa maklumlah Idhamlah yang bakal penganti papa. Idham juga masih dengan Katrina. Papa dan Mama menetap sementara di Paris untuk sementara waktu bagi menyelesaikan urusan perniagaan. Bu Jah pula menamemani Suraya dan Idham di rumah.
Memandangkan Intan telah masuk tahun kedua. Intan banyak belajar dengan lebih gigih. Intan, Mei Ling dan Mia selalu bersama untuk belajar dan bertukar pendapat. Port yang selalu mereka lepak ialah Mc-D di MidValley. Ada masa Suraya turut serta kerana tiada kerja untuk dilakukan. Sedang asyik mereka berbincang mengenai pelajaran. Mei Ling memberi satu pendapat untuk mengisi waktu cuti semester yang bakal menjelma."Allo geng, cuti semester nanti apa kata kita pergi bercuti". Suraya mencelah "Cuya nak ikut". "a'ah kan, korang bagilah adik aku ikut sekali". "Mia tak de hal, tapi kita nak pergi mana". "PD". "Alah dekat sangat la". "Ha Cuya tau, kita pergi Banting nak". "Akak ok je". Tiba-tiba Mei Ling menyampuk"Tak nak, kita pergi pulau nak Pulau Pangkor". "Ha best gak, Mak Cik aku ada bukak chalet kat Pangkor". "Cantik lah Mai, save sikit hahaha". Sedang sibuk dengan perbincangan tersebut, Intan ternampak kelibat Katrina. Yang menghairankannya, Katrina bukan keluar dengan Idham. Katrina keluar dengan seorang lelaki. Lagak mereka kelihatan mesra sekali. Intan pun bertanya pada Suraya. "Cuya. Abg ngan kakKat still couple lagi ke?". Suraya pun menjawab" Em, tapikan kak sekarang abg ngan akak Kat tu dah jarang jumpa".
Masa cuti semester pun telah tiba. Mei Ling, Mia, Intan dan Suraya pun pergi bercuti di Pulau Pangkor seperti yang dirancang. Perjalanan jauh tidak dirasai apabila menjejakkan kaki di pulau pangkor tersebut. Pemandangan yang cantik di Pulau Pangkor itu membuatkan rasa penat 4 gadis tersebut hilang entah kemana. Mereka menaiki sebuah van untuk pergi ke chalet mak cik Mia. Setelah tiba mereka terus check in. Mereka berehat sebentar. Setelah petang 4 gadis tersebut pun ke pantai untuk bermandi-manda. Mereka berseronok dengan menaiki banana boat,jetski dan macam-macam lagi. Pada malam harinya, mereka makan berbeku. Aktiviti keesokkan harinya mereka berscuba driving. Penat berscuba mereka pulang ke chalet. Pada waktu malam mereka menangkap ketam. mereka belari sini ke sana mengejar ketam. Sampaikan tergolek Mei Ling mengejar ketam. Selepas menangkap beberapa ekor ketam, mereka pun membersihkannya dan makan. Intan ditugaskan untuk membakar. Sedang asyik sibuk membakar Intan sekali lagi ternampak Katrina dengan lelaki lain. "Aik tak kan lah kat sini dia pun ada". tiba-tiba Suraya menyampuk"kak dah masak belum". "belum lagi, dik cuba tengok sapa tu". "Kak Kat kan". "Ha, Cuya kata kak Kat ngan abang". "Memang la, tapi sekarang an Cuya selalu nampak abg kat rumah, Bila Cuya tanya tak keluar ke, dia kata Kak Kat ada keje lah, tak sihatlah". "Tapi bukan abang nak kawin ngan kak Kat ke, papa dan mama kan dah jumpa ngan mak ayah dia sebelum pergi Paris hari tu kan". "Memang la, entah lah kak malas Cuya nak campur masalah orang tua ni, tu kak ketam dah masak dah tu". "Ha yelah". Selepas mendengar kata-kata Suraya ,Intan meneruskan kerjanya. Selepas 3 hari berada di Pulau Pangkor mereka pun pulang. Percutian itu amat mengembirakan mereka dan memberi kepuasan.
Hati Intan seperti berbelah bagi. Selepas beberapa kali terserempak dengan Katrina dengan lelaki lain. Ikutkan hati Intan tak mau ikut campur hal Idham. Idham tu pun bukan sukakan sangat pasal Intan. Tapi kalau tak bagi tau pula... Perkahwinan Idham dalam masa sebulan sahaja lagi bakal di langsungkan. Pada hari tu, Intan membuat keputusan untuk bagi tahu apa yang dah Intan nampak. Intan dan Idham berjumpa di sebuah kafe. "Ada apa nak jumpa aku ni". "Intan ada benda nak cakap ni". "ape dia?". "hari tu Intan ....". tiba-tiba telefon bimbit Idham berdering. "Jap Kat telefon, Ha ye , saya kat kafe biasa kita pergi". tiba-tiba pelayan datang untuk ambil order. selepas membuat pesanan Idham sambung semula perbualannya dengan Intan dan terlupa untuk menamatkan panggilan. "sambung apa dia". "Hari tu Intan nampak kak Kat". Kat yang terdengar bualan tersebut melalui telefonnya tak jadi dia ingin mematikan panggilannya. "lah biasa la Katrina tu kerja so kau memang akan selalu terserempakngan dia". " bukan tu, Intan nampak dia dengan ... dengan...". "dengan lelaki lain". Intan hanya mengangguk. "alah urusan kerja je tu". "Tapi Intan tengok mesra semacam je dia tu". Katrina mendengar perbualan tu naik angin. Kebetulan pada waktu itu Katrina berada dikawasan berhampiran. Katrina pun segera ke Kafe tersebut. Pada waktu itu Intan dan Idham telah tamat perbincangan dan mereka pun ingin pulang. Mereka pun ke tempat letak kereta dihadapan kedai tersebut. Tiba-tiba Katrina datang dan menerpa ke arah Intan. Intan ditolak Katrina. Intan terjatuh di jalan. " Oh kau lah yang buat mulut ni, mulut longkang". Idham yang terkejut dengan tindakan Katrina terus memekik "Katrina stop it!!". Katrina terus berhenti. "asal you back up sangat pompuan ni". "sebab I ada bukti you curang pada I, I ingat kalau I diam semua akan baik, tapi tak. mungkin kita tak patut bersama". "What ! dah tu perkahwinan kita macam mana?". "Mungkin kita tak de jodoh". "What senang-senang je you cakap macam tu. Ok fine. Korang 2 akan menyesal!". Selepas itu Katrina menarik tudung yang dipakai Intan dan sempat berkata " Kau tak layak lah pakai tudung". dan terus berlalu disitu. Idham segera melihat keadaan Intan. Idham segera menutupi kepala Intan dengan tudung Intan dan memapah. "Kita balik rumah k". "abg hantar Intan balik asrama lah". "Balik rumah la, papa dengan mama balik esok". "Ok,tapi Intan nak ambil barang dulu". Tiba di asrama Intan terus masuk asrama dan ambil barang selepas itu kembali ke kereta Idham. Idham ternampak ada kesan baju koyak di bahagian siku Intan. "Tangan tu luka kan". "Sikit je". "Jap". Idham pun membuka bonet kereta untuk mengambil Peti pertolongan cemas. Lalu di angkat lengan baju Intan sehingga ke siku lalu diletakkan ubat. "Bang.... pedih bang". "tahan sikit".
Setelah tiba di perkarangan rumah, Intan pun masuk terlebih dahulu. Tiba-tiba papa dan mama muncul di muka pintu. "pa ma, kata sampai esok". "ala saja je nak buat kejutan tak sabar nak tengok persiapan perkahwinan anak jantan mama sorang ni". Intan memandang ke arah Idham. " Pa Ma Intan masuk dulu lah".
Pada keesokkan harinya Papa dan mama memanggil Intan. Ahli keluarga semua berkumpul di ruang keluarga. "Ye pa ma ada panggil Intan". "Mah mama je lah cakapkan mama perempuankan papa ...". "Intan mama harap Intan dapat tunaikan permintaan mama dengan papa ni. Mama dah jemput ramai kenalan kalau majlis ni tak jadi nama keluarga kita akan tercalar". Intan yang tak mengerti hanya bertanya" Intan tak faham lah". Mama pun menarik nafas panjang " Mama nak Intan ganti tempat Katrina". "Ha Intan". Intan yang masih terkejut masih tak dapat nak berkata apa-apa. "Intan je harapan kami, tolong tunaikan permintaan ini". Intan memandang wajah Idham, Idham hanya membuat muka selamber sahaja. "Tapi Intan masih belajar lagi, biar Intan fikirkan dulu". Pada waktu makan malam Intan tidak turut serta. Intan duduk bersendirian di tepi kolam sambil bermain air. Di meja makan pula Suraya bersuara"Kak Intan mana?". "Tak pe biar Bu Jah panggil Intan". "tak pe biar Cuya panggil kak Intan, Bu Jah makan je". Suraya pun ke kolam bagi menjengguk Intan. "Kak asal tak makan". "Entah la tak de selera pula". "Akak terima jelah abg, Cuya tau akak susah untuk terima semua ni, dah la tak yah fikir lagi jom makan". Lalu mereka berdua jalan seiring masuk ke dalam untuk makan malam. Di meja makan Mama bertanya" Cam mana". Suraya menyampuk "Mama bagi lah akak makan dulu". Suasana makan malam pada malam itu agak dingin. Selepas makan Intan kembali ke Kolam. Tiba-tiba Idham muncul. "aku tau kau susah nak terima aku, tapi kau tolong terima ni sebab papa and mama". Intan hanya berdiam diri. "ok, aku akan kahwin dengan kau untuk 3 bulan je then aku akan lepas kan kau". Intan yang mendengar kata-kata itu tersentak. Bukan niat untuk tidak terima Idham walaupun dia tau Idham memang selalu sakitkan hatinya. Walaupun dia selalu sakitkan hati Intan, Intan sebenarnya dah lama menyukai Idham. Namun tak pernah untuk di beritahunya. Kerana takut cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Memang impiannya untuk berkahwin dengan Idham tapi bukan dalam keadaan begini. Tanpa disedari Idham telah lama pergi meningalkan Intan seorang diri. Intan pun masuk ke biliknya. Sedang asyik berfikir tiba-tiba pintu bilik Intan di ketuk muncul Bu Jah"Intan... ". "Ye Bu". "Intan fikirlah baik-baik ye". "Em...". "Keluarga Datuk ni dah banyak tolong Intan, Intan terima je la sebagai balas budi". Intan hanya berdiam diri.
Pada keesokkan harinya, Intan pun ke ruang keluarga. Semua ahli keluarga ada disitu. Dengan menarik nafas. "Ma Pa Intan setuju". Kelihatan semua wajah gembira. Yang paling gembira Suraya. Suraya pun memeluk kakaknya itu.
Kini tibalah waktunya. Idham dan Intan selamat di Ijab Kabulkan. Persandingan yang diadaakan sangat meriah turut hadir 2 Ling. "Mei Ling kawan kita dah kahwin la tak sangka aku," sindir Mia. "Korang aku pun tak sangka". "Ok lah kami nak balik dah petang ada kelas lain lah kau". Mei Ling sempat menyakat Intan "selamat pengantin baru and tututut....". Mia dan Mei Ling ketawa. Ternyata pada hari tu Intan kelihatan sangat cantik dah wajah nya sudah cantik dan menawan apbila di tambah dengan solekan bertambah cantik lah Intan. Pada malam harinya diadakan memotong kek. Mereka berdua terpaksa berlakon seperti seorang yang memang sedang bercinta. Kameraman menyuruh Idham mengucup dahi Intan. Intan agak janggal dengan perkara tersebut. "Relax je". Perlahan-lahan Idham merapati bibir ke dahi Intan. Selepas itu Cameraman menyuruh Intan pula mengucup pipi Idham. Intan pun mengucup pipi Idham. Tetapi Cameraman tidak berpuas hati. Intan sekali lagi membuat kucupan tersebut. agak merah muka Intan. Selesai majlis tersebut Intan masuk ke biliknya. Tiba-tiba Idham masuk,"Agak-agaklah masuk bilik aku lah karang dorang kata apa pulak". Intan hanya menurut". Malam tu Intan duduk sebilik dengan Idham. Tiba-tiba Idham membuka bajunya untuk menukar pakaian yang lebih selesa. Intan terus membelakangi Idham. "Tak yah lah nak segan aku sekarang suami kau. bagi bantal tu aku tidur kat bawah je". Intan agak gembira dengan apa yang Idham lakukan. Sememangnya dia tidak bersedia untuk berkongsi katil dengan Idham. Hampir seminggu sudah Intan menjadi Isteri Idham. Intan pun dah mula dengan aktiviti hariannya. Tapi kini Intan tidak lagi duduk di asrama. Intan akan dijemput pulang oleh Idham setiap hari. Pada hari itu, Intan merasa amat penat. Selepas tiba dirumah Intan terus masuk ke bilik. Intan tertidur dengan baju kurungnya serta tudung. Idham yang melihat telatah isterinya hanya ketawa kecil. "Penat sangat ke? sampai tudung pun tak sempat bukak". Idham terus masuk ke bilik air untuk membersihkan badan selepas selesai Idham mengenakan baju. Tiba-tiba Idham terpandang Intan. Kain yang dipakai Intan terselak dan menampakkan betis. Idham merapati Intan. Disentuhnya kaki Intan. Tiba-tiba Intan bergerak. Idham terkejut. Nasib Intan tak terjaga. Idham mengangkat tubuh Intan dan membetulkan badan Intan supaya tidak sakit badan pabila tidur. dibukanya tudung Intan dan diusap rambut Intan. Ternyata Intan memang memiliki wajah yang cantik dan comel. Idham mengucup dahi Intan dan diselimutnya. Lalu Idham keluar dari biliknya. Sebenarnya Intan telah terjaga sewaktu Idham mengucup dahinya.
Pada pagi keesokkan harinya, Intan bangun untuk membersihkan badan selepas selesai mandi Intan keluar dari bilik air dengan berkemban. Tiba-tiba Idham muncul di muka pintu. Intan kaget dia tidak rasa selesa dengan kehadiran Idham dengan keadaannya yang sedang berkemban. Idham juga kaget apabila melihat Intan hanya berkemban dan menampakkan paha serta terdedah sedikit dibahagian dada. "Abg boleh keluar kejap". "asal lak kau tu kan isteri aku". Intan hanya akur. Intan segera mengambil pakaiannya yang terletak di atas katil. Kemudian Idham saja berbaring di atas baju Intan. "Abg Intan nak ambil baju". "ambil lah". "Baju tu ada kat bawah abg". "Ala tarik je". Intan pun menarik baju tersebut tapi tak berdaya. Tiba-tiba Tuala yang dipakai Intan hampir terlucut namun Intan segera menahan ia dari jatuh. Idham hanya ketawa. Idham pun mengambil baju Intan dan berdiri di depan Intan" nak baju?". Intan hanya mengangguk. "Nah la". Intan terus mencapai. Hati intan agak panas dengan kelakuan suaminya itu. Pada malam harinya, sekali lagi Intan di kacau. Selepas solat bersama suaminya, Intan menyalam tangan suaminya. Idham pula mengucup dahi Intan. Selepas melipat telekung dan sejadah Intan tiba-tiba tersedu. Idham yang perasan Intan tersedu terus mendekatinya. "sedu ye". Intan yang sedang berbaring di atas katil hanya mengangguk. Idham tiba-tiba menjalar dari kaki Intan sehingga muka bertentang muka. Intan mula tidak selesa. Apabila muka Idham dan Intan bertentengan dan nafas nya boleh dirasai. "Ha kan dah berhenti sedu". Intan hanya berdiam diri. Tiba-tiba Idham mengucup bibir Intan. Intan yang terkejut terus terduduk. "Ala kau kan bini aku sekarang". Intan mencapai tudungnya dan terus keluar dari bilik. Lalu ke ruang tamu menonton rancangan tv. Sedang asyik menonton Idham muncul. "Buatkan air teh'o". Intan hanya menurut sahaja. Selesai membancuh Intan menghidangkan untuk suaminya. "Pekat sangat la". Intan ke dapur semula menambah air lalu kedepan kembali. "Tawar lah". Intan sekali lagi kedapur bagi menambah gula. Lalu kedepan semula. "Ni teh'o abg". Idham pun menghirup sedikit" Nah la kau minum jelah". Intan pun minum. Selesai minum Intan membasuh segala cawan. Lalu ke kolam. Intan berfikir."kenapalah aku dapat laki yang macam Idham. Hanya mempergunakan aku je, kenapa". Idham yang duduk diruang tamu hanya ketawa kecil. Boleh dikatakan hari-hari Idham mempermainkan Intan. Intan hanya bersabar sahaja. Idham selalu menyuruh Intan membuat sesuatu yang tidak disukai. Ada satu ketika Idham menyuruh Intan mengambil tualanya di tingkat bawah. dekat 5 kali Intan turun naik tangga menghantar tuala tapi sebenarnya tuala yang Idham minta tu ada di dalam bilik air. Pastu dia suruh cuci tandas di biliknya alasan kotor. Cuci baju guna tangan alasannya baju tak boleh cuci dengan mesin nanti rosak. Semua kerja Intan lakukan. Idham pula tak habis-habis mentertawakan Intan. Sehingga seminggu lagi tempoh untuk masuk 3 bulan. Idham yang baru lepas mengenakan Intan masih ketawa kecil. Pada malam itu, Intan terbaring di atas katil sambil berfikir sesuatu. Tiba-tiba Idham masuk. Dia melihat mata Intan seperti berkaca. "Asal kau dah tak sanggup dah nak jadi bini aku". "eh... abg, apa abg cakap ni". "tak yah lah nak selindung". "Tak de lah abg, Intan kahwin dengan abg dengan rela hati". "ye la tu". "Betul abg kalau tak Intan tak kan nak buat apa yang abg perintahkan". "Tak yah la nak berdrama kat sini". "Tak kisah la apa yang abang nak katakan, Intan berkahwin dengan abang sebab... sebab Intan memang suka kan abang. Intan ingat bila Intan kahwin dengan abg, abg akan jaga Intan, sayangkan Intan. Mungkin abg memberikan kasih sayang abg dengan cara begini ya. Dengan membasuh baju, mengosok baju, megambilkan tuala". Tiba-tiba Idham memotong kata-kata Intan"Sudah!". Idham terus berlalu keluar dari bilik. Idham turun kebawah dan mencapai kunci keretanya lalu keluar. Sampai di satu tempat Idham memberhentikan keretanya. Idham berfikir dia rasa dia sudah keterlaluan sangat pada Intan. apbila dikenang kembali kata-kata Intan itu ada benarnya.Tak kan dia sanggup buat semua benda yang aku suruh, melainkan dia cintakan aku. Selepas fikiran Idham tenang, Idham pulang semula kerumah. sewaktu ingin naik ke bilik Idham terserempak dengan Suraya. "hey bang keluar nampak". "Sibuk lah kau". "Em... abg, cuya nak cakap sikit". "pe dia". "Kak Intan tu sebenarnya dah lama suka kan abg, jangan bagi tau dia lak apa yang cuya cakap ni". Idham terus masuk ke bilik. Idham lihat Intan sudah terlena. Lalu Idham duduk di tepi Intan dipandang wajah Intan serta diusap rambutnya. Mula Idham merasa bersalah. Pada malam itu Idham mendapat satu idea. Mungkin dengan Idea ni dapat membuat Intan gembira untuk tempoh seminggu yang masih tinggal. Terasa hatinya berat pula untuk melepaskan Intan selepas hampir 3 bulan bersama.
Kedengengaran azan subuh berkumandang, Intan pun terjaga dari tidurnya. Tiba-tiba dia merasakan ada lingkaran di bahagian pinggangnya. Diselaknya selimut, rupa-rupanya tangan Idham yang melingkar di pinggang Intan. Intan agak terkejut kerana belum pernah Idham berkelakuan seperti itu. Intan cuba melepasi pinggangnya dari pelukan Idham. Perlahan-lahan Intan mengalihkan tangan Idham. Akhirnya terlepas. Baru saja Intan ingin bangun, pinggang Intan di peluk kembali. Sekali lagi Intan mengalihkan tangan Idham perlahan-lahan namun pelukan kali ini agak kuat. Tiba-tiba Idham bersuara"Nak pergi mana". Intan terkejut dengan pertanyaan Idham. "nak mandi dan solat". Idham hanya diam dan tangannya masih memeluk pinggang Intan. Intan sekali lagi cuba mengalihkan tangan Idham tetapi Idham terus memeluk Intan dan menarik Intan kedalam dakapannya. Intan kaget. Idham pun mencium dahi Intan dan berkata"Selamat pagi, saya yang mandi dulu dan kita solat sama-sama ok". Lalu Idham pun bangun dan terus masuk ke dalam bilik air. Intan agak pelik dengan perangai Idham. Sebelum ini Idham selalu kau aku bila berkata-kata tapi pagi itu saya,saya pula dan tak pernah dia mengucapkan selamat pagi yang paling menghairankan di memeluk Intan.
Selepas selesai solat subuh Intan seperti biasa mengemas sejadah dan telekung. Idham hanya berbaring di atas katil. Selepas selesai mengemas sajadah dan telekung Idham memanggil Intan dan menyuruh duduk berdepan dengannya. "Intan tahukan tempoh 3 bulan dah nak tamat dalam masa seminggu ni". Intan hanya mengangguk. "So dalam masa seminggu ni abang nak cuba bahagiakan Intan supaya ada juga kegembiraan dalam perkahwinan kita ni". Intan masih berdiam dan tunduk. Idham yang melihat Intan dari hanya tunduk terus memegang tangan Intan. "Intan pandang mata abang". Intan pun memandang mata Idham. "Intan dengar tak apa yang abang cakap ni". Intan mengangguk. "Sekarang ni abang nak Intan buat satu senarai tentang abang. Senaraikan semua perkara yang Intan tak suka kat abang. Abang pun akan buat macam tu juga. Petang nanti kita solat asar sama-sama lepas solat kita akan bincangkan senarai tu,boleh". "Intan ada kelas hari ni". "Jangan nak tipu abang tau Intan tak de kelas hari ni. Abang dah tanya Mei Ling". Intan hanya terdiam. Selepas itu Intan melakukan tugasnya sebagai seorang Isteri. Intan mengutip semua baju kotor Idham lalu dicucinya menggunakan tangan. Idham yang ternampak Intan terus menahan "tak payah guna tangan guna mesin basuh je". "Nanti rosak pula baju ni". "Tak, jangan risau tak rosak". Intan pun mengikut perintah suaminya supaya basuh menggunakan mesin.
Idham duduk di gazebo yang terdapat di tepi kolam rumahnya itu. Dia berfikir tentang Intan. Hati Idham sekarang ni mula berat untuk melepaskan Intan. Dia berharap dengan layanannya pada subuh hingga tadi dapat memanjangkan hubungannya dengan Intan. Dia berharap supaya Intan juga tidak bersetuju untuk perpisahan selepas 3 bulan mereka bersama. Tapi Mahukah Intan menerimanya yang selalu membuli diri Intan. Pada waktu subuh tadi bukan selamat pagi yang ingin diucapkan sebenarnya. Tapi Idham mahu mengucapkan "Abang sayang Intan". Tapi lain pula yang terucap. Idham berharap dalam masa seminggu yang tinggal ini dapat lah dia mengucapkan kata sayangnya pada Intan. Idham takut kata-kata itu tidak sempat untuk di ucapkannya. Idham melihat jam di tangannya sudah pukul 1.45 petang. Dia pun masuk kedalam rumah dan terus ke bilik untuk menunaikan solat zuhur. Sebaik sahaja dia membuka pintu dia ternampak Intan sedang berdoa "Ya Allah kau ampunilah dosa-dosaku dosa suamiku dosa ibubapaku dan dosa orang yang pernah berbuat baik padaku. Ya Allah aku bersyukur dengan perkahwinanku ini, Ya Allah kau selamatkanlah perkahwinanku ini jika ia baik untuk dan jika perkahwinan tidak dapat diteruskan aku redha dengan ketentuanmu. Ya Allah Ya tuhanku kau berikan ketabahan pada diriku ini, Amin..". Idham tersentuh dengan doa si isterinya. Walaupun dia selalu membuli Intan tetapi Intan tetap mendoakan dirinya. Selepas itu Idham pun masuk. Idham bertanya pada Intan"Dah senaraikan?". Intan hanya mengeleng "Tak pelah take time. Solat asar sama-sama ok". Intan mengangguk lalu keluar. Selepas itu Idham pun menunaikan solat zuhur selesai solat Idham turun untuk makan. Habis sahaja makan Idham menuju ke gazebo. Di tangannya terdapat sebatang pen dan sehelai kertas. Idham pun menulis senarai. Selepas itu Idham tertidur seketika. Idham terjaga semula pabila terdengar seruan azan asar. Idham naik kebilik dan mempersiapkan diri untuk berjemaah bersama Intan selesai solat Intan menyalam tangan Idham, Idham pula mencium dahi Intan. "Ok dah sedia". Intan mengangguk. Mereka pun mengeluarkan kertas masing-masing. "Saya mula atau awak". "Abang Am" "Ok, Intan dengar ye. Senarai abang ni tak banyak pun, Apa yang abang cakap ni nanti Intan perbaiki ok". Intan mengangguk. "1. Intan ni terlalu ke kampungan 2. Intan perlu ubah gaya Intan cam orang kaya 3. Intan ni berat mulut 4. Intan ni jangan baik sangat". Kelihatan mata Intan sudah mula berkaca. "dan yang terakhir Intan ni terlalu Bendul". Di saat itu air mata Intan dah pun mengalir di pipinya. Idham yang baru perasan cuba memujuk Intan. Intan terus bangun dan mencapai tudung serta kunci keretanya terus turun ketingkat bawah. Sewaktu ingin turun dari tangga Intan terserempak dengan Suraya. Intan memberi Suraya sekeping kertas dan terus berlalu keluar dari rumah dengan menaiki kereta Mini Cooper pemberian Idham. Suraya yang masih berada di tangga kelihatan pelik sahaja. Suraya bertembung pula dengan Idham. "Bang apasal ni Cuya tengok akak cam nangis je abang buli dia lagi ek". "Sibuk lah kau". Idham terus turun tapi ditahan Suraya "bang ni akak bagi Cuya kertas ni". Idham terus mencapai kertas tersebut dari suraya. Di lihatnya kertas itu bertulis 1. 2. 3. 4. hanya nombor sahaja dan yang ke "5. Abang cukup sempurna". Kini barulah Idham sedar yang Intan menerimanya dengan seadanya dan dengan tulus ikhlas. Idham terus mencapai kunci keretanya dan cuba mengejar kereta Intan. Namun Idham sudah terlambat untuk mengejarnya. Namun Idham tidak berputus asa Idham cuba mencari Intan di seluruh tempat termasuklah Universiti. namun Intan tetap tidak di jumpanya. Tiba-tiba Idham terserempak dengan Mia dam Mei Ling Idham bertanya tentang Intan. Mereka juga tidak tahu di mana Intan berada. Mereka berdua turut membantu Idham mencari Intan. Di Universiti, di MidValley di Taman Tasik Melawati habis di carinya masih tidak diketemukan. Idham dari tadi cuba menelefon Intan namun sekali pun tak di angkat. Akhirnya Idham akur. Idham pulang ke rumah.
Sebenarnya Intan telah pulang ke kampungnya. Tetapi Intan tidak pulang kerumahnya. Cuma Intan singah di pantai sahaja. Disitu Intan menangis sepuasnya. Dia duduk bersendirian. Dia menikmati pemandangan matahari terbenam. , Kerana memang itulah yang dilakukan jika ada masalah atau sedang bersedih. Di lihatnya jam tangan pemberian Idham sebagai hantaran. Jam menunjukkan pukul 7.20 petang. Intan masuk semula ke dalam kereta dan menuju ke surau berdekatan bagi menunaikan solat maghrib. Selepas selesai solat Intan memandu kereta untuk pulang. Dia merasa bersalah pula pada Idham kerana keluar tidak meminta izin terlebih dahulu dan mengikut perasaan sangat. Sewaktu dalam perjalanan pulang Intan singgah disebuah kedai untuk memeli roti sebagai alas perut. Pada ketika itu Katrina ternampak Intan. Katrina yang masih marah dengan Intan terfikir satu idea kotor untuk Intan. Selesai membeli Intan kembali ke keretanya yang berada diseberang jalan. Intan melihat kiri dan kanan jalan dan dapati tiada kereta. Intan pun melintas. Tiba-tiba di pertengahan jalan muncul satu kereta. Kereta tersebut memecut dengan laju lalu merempuh kaki kiri Intan. Intan terjatuh ketepi dan Intan tidak sedarkan diri. Orang ramai yang ternampak kejadian tersebut terus membantu Intan. Intan di kejarkan ke hospital. Intan mengalami cedera parah di bahagian kaki,badan.
"Hahahaha". Katrina ketawa dengan gembiranya. "Baru puas hati aku. Beranilah kau ganggu aku. Padan muka kau. Tiada seorang pun boleh rampas Idham dari aku. Rasakan azab kau". Dengan gembiranya Katrina berkata-kata. Sebenarnya Katrinalah yang melanggar Intan. Katrina membalas dendamnya dengan melanggar Intan demi memberikan kepuasan hatinya.
Idham yang yang dari tadi termenung berfikir mengenai Intan tiba-tiba di kejutkan dengan deringan telefon bimbitnya. Idham melihat nombor di skrin telefon bimbitnya. Nombor tersebut tidak di kenalinya. Idham pun menjawab panggilan tersebut "Hello". Selepas mendengar pemanggil tersebut memberitahu mengenai Intan. Idham rasa seperti jantungnya terguris. Idham terus mencapai kunci keretanya. Suraya yang melihat abangnya tergesa-gesa terus bertanya"abang dah jumpa akak ke?". "Cuya.... cuya akak.... kemalangan". "Apa! abang Cuya nak ikut". Namun Idham telah pergi terlebih dahulu. sesampai sahaja di hospital Idham terus kekaunter dan menanyakan dimana Intan.
Suraya pula memberitahu pada papa mama dan Bu Jah tentang kejadian yang dialami Intan. Mereka terus ke hospital yang menenpatka Intan. Mereka ternampak Idham sedang mundar-mandir di depan wad ICU. "Am macam mana dengan Intan," dalam nada sedih Bu Jah bertanya. "Entahlah Bu Jah. Doktor masih merawat Intan". Papa memberi kata semangat pada Idham" Sabar Am, ini semua dugaan dari Allah". Selepas beberap minit Doktor pun keluar. Idham terus menerpa ke arah doktor "Doktor macam mana Intan". "sabar ye. dia masih dalam keadaan kritikal kerana dia mengalami kecederaan parah". Idham rasa amat bersalah.
Kini Intan sudah berada dalam kondisi baik tetapi dia masih belum sedar. Setiap hari Idham menjaga Intan. Dia membacakan Yasin,berdoa supaya Intan cepat sedar. Membersihkan badan Intan. Idham menjaga Intan dengan baik sekali. "Intan cepatlah bangun abang rindu kat Intan". Itulah kata-kata Idham setiap hari. "Intan esok dah genap 3 bulan kita berkahwin dan esok abang akan lepaskan Intan". Tetapi berat rasa Idham untuk lepaskan Intan dalam keadaan begini. "Intan abang sebenarnya cintakan Intan. Abang segan nak cakap pada Intan. Abang harap sebelum abang lepaskan Intan abang sempat nak ucapkan kata cinta abang sewaktu Intan sedar".
Idham mengambil sebiji epal merah dicucinya lalu dipotong. Sedang asyik memotong tiba-tiba Idham melihat jari Intan bergerak-gerak. Idham terus memanggil doktor. "Alhadulillah dia dah sedar tapi dia perlu banyakkan berehat,"kata doktor. Selepas doktor keluar dari wad Idham duduk di sebelah Intan. Idham menguatkan hatinya untuk mengatakan kata cintanya. "Alhamdulillah Intan dah sedar. Intan esok dah masuk 3 bulan kita kahwin. Sebelum Abang lepaskan Intan abang nak cakap yang abang Sayang dan cintakan Intan". Idham akhirnya lega kerana sempat mengucapkan kata cintanya. "abang sanggup ke nak ceraikan Tan dalam keadaan macam ni". dengan lemah Intan berkata. Idham mula sebak. Idham terus berlalu keluar namun tangannya di pegang Intan. "Abang Intan Cintakan Abang".
Cinta Idham akhirnya terucap begitu juga dengan Intan. Kerana kemalangan itulah Idham dapat mengucapkan kata cintanya begitu juga dengan Intan. Kini mereka telah tahu isi hati masing-masing. Hari perpisahan mereka ditukar ke hari mulanya cinta mekar. Idham dan Intan akhir bersama tiada perpisahan didalam kamus percintaan mereka. Manakala Katrina pula berjaya ditangkap atas kesalahan langgar lari dan dia di hukum penjara. Tetapi Katrina di hantar ke Hospital Tanjung Rambutan kerana mengalami masalah mental.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^Tamat^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
No comments:
Post a Comment